Fuhhh ... dah lama gak aku xupdate blog aku ni ... oleh yang demikian ... arini aku nk update blog aku ... entry kt blog kali ni berkisahkan pasal perkahwinan ... haaaa ... korang penah kawen x??? or nk merasa alam perkahwinan ... kawen sonang ja kan ... bawak mne2 awekz korang pastu kawen ler kt mne2 ... klu nk yg selesa cari ler hotel ... ngeeeee ... tp haram tuuuuu ... sblm kawen kne ler nikah dlu kn ... hihihi ... ni aku nk bercerita pasal nikah+kawen ni ... hihihi
Okiez ... aritu aku ada tgk status pesbuk mbr aku sorang ... bezz gak status tu ... bg org yg lom kawen or yg akan kawen ler ... status dia berbunyi cam ni "
"Aku terima nikahnya dengan si dia binti ayah dia dengan mas kawennya RMberapa2 .."
Bunyi mcm senang kn?? Tapi, erti sebenarnya :
"Aku tanggung dosa2 si dia dari ibubapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibubapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau x didik, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah aku.."
Nahhhh!! amek kaw maksud akad nikah yg korang bakal gunakan nti ... igt senang2 je ke nk nikah ni ... tp tu bg orang laki je ler kn ... org pompuan selamat ler bab akad nikah tu tp kne ingat org pompuan pn ada tanggungan yg kne ditanggung selepas akad nikah tu ... kawen sebenarnya ni senang ja bg kita2 sume cuma yg beratnya tuk melaksanakannya tu yg ssh ... betoii gua cakap luuu ... bagi orang laki kne sediakan secukupnya keperluan keluarganya dan org pompuan lak setia & patuh pada suaminya ... haaa senangkan ... tp nk laksanakannya punye ler ssh ... adeshhh ... cam penah kawen lak aku cakap ni kn ... hihihi
Okiez ... now kita tengok adat perkahwinan di Malaysia ni ... ehhh ... lpe lak ... aku malas nk taip sb panjang sangat so aku copy paste je lar ekkk... klu korang nk bace korang bace ler klu xnk tutup je or scroll je smpi abes kunun2 dah abes baca ler ... ngeeeeeeeee .. ni ha yg kt bawah ni adat2 perkahwinan yg sah lagi sebenar di Malaysia ni ... hihihi
"Adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa proses iaitu merisik atau meninjau, upacara peminangan, upacara menghantar tanda, hantaran belanja, menjemput, upacara nikah, berinai besar, hari persandingan & jemput menantu.
Merisik
Permulaan proses perkahwinan ialah merisik atau meninjau. Biasanya dilaksanakan oleh keluarga pihak lelaki, khususnya ibubapa. Setelah teruna dan keluarganya berkenan dengan gadis yang dipilih, usaha merisik dijalankan untuk mengetahui samada gadis itu sudah berpunya atau tidak. Hasil daripada merisik ini akan dibuat rundingan dengan keluarga si teruna. Apabila diketahui sigadis belum berpunya upacara peminangan diaturkan.
Acara Peminangan
Meminang si gadis hanya dilakukan bila keluarga sigadis menyatakan persetujuannya. Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak, biasanya ketua-ketua adat dan syarak. Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantar tanda. Perkara-perkara yang dibincangkan semasa upacara peminangan ialah hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang. Disesetengah-sesetengah tempat berita pertunangan itu diberitahu kepada seisi kampong oleh Ketua Kampong di masjid ketika mengadakan sembahyang Jumaat.
Menghantar Tanda
Semasa upacara menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar oleh pihak teruna untuk disarungkan ke jari tunangannya. Menyampai dan menerima cincin itu dilakukan dalam majlis di rumah si gadis. Cincin ini disebut sebagai ‘cincin tanda’. Ia biasanya diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja. Tarikh perkahwinan juga dibincangkan bersama.
Hantaran belanja
Pada tarikh yang dijanjikan upacara menghantar belanja dijalankan. Kedua-dua belah pihak diketuai oleh Ketua Kampong atau Ketua Syarak. Wang hantaran itu biasanya diiringi dengan persalinan untuk si gadis. Ia digubah dalam berbagai bentuk atau dibungkus dalam kain sahaja mengikut adat daerah masing-masing. Iringan yang lain termasuk bunga rampai, sirih junjung atau tepak sireh sahaja, pahar telor merah dan nasi semangat, alat solek, buah-buah atau lain-lain.
Menjemput
Waris bakal pengantin (ayah atau ibu, atau orang yang wajib dan diwakilkan) akan berkunjung ke rumah orang tua-tua di kampong itu untuk memberitahu tentang hari perkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak sireh dan terus menjemput dan meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya bagi mengelolakan majlis itu. Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan.
Upacara Nikah
Upacara akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imam mewakili wali perempuan menjadi jurunikah. Dalam upacara ini juga disahkan hantaran dan lain-lain. Mas kahwin disebut samada hutang atau tunai. Mas kahwin akan diserahkan kepada pangantin perempuan dan menjadi haknya. Dari saat ini sahlah mereka menjadi suami isteri.
Berinai Besar
Kedua pengantin memakai pakaian pengantin. Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara berinai didahului oleh pengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara itu. Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki.
Majlis persandingan
Dihari persandingan, jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum dihantar terlebih dahulu.
Jemput menantu
Majlis jemput menantu atau ‘menyambut menantu’ diadakan di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat pada hari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan."
Nah kaw ... punya ler panjang ... klu yg dah bace tu ok ler klu yg maen scroll smpi abes pn ok ler tp aku dh bace dlu sblm post entry ni ... rajin x rajin x ... cme malas nk taip je ... ngeeeeeee ... eh lpe lak ... niat sebenar aku nk letak adat2 di setiap negeri tapi malas lak nak cari byk2 almaklum lar kn jam sudah menunjukkan 0529H a.k.a 5.29pagi ... aku pn ngantok suda tp xleh tidoq lg ... tunggu lepas subuh nti bru tido sb solat subuh jangan ditinggal ... ngeeee ... okiez ... cukup dlu yer entry yg ni ... ble aku kawen tu xyah ler nk cakap kn sb lom ada awekz lg wat mse ni ... ngeh ngeh ngeh ... okiez ler ... out dlu ...
Adiosssssssssssssssssssssssssss :p
